Followers

Friday 6 April 2012

Kronologi Penubuhan Persatuan Alumni UniMAP

Untuk pengetahuan semua , sebelum Persatuan Alumni UniMAP berdaftar di bawah R.O.S secara sah, dua mesyuarat tahunan telah diadakan iaitu yang pertama pada tahun 2008 bertempat di dewan Kapitol UniMAP dan yang kedua adalah pada 13 Ogos 2009 bertempat di Dewan Audotorium Wawasan 2020 iaitu semasa sebelum Konvokesyen ke-4 berlangsung. Berikut ialah kronologi tarikh peristiwa penubuhan persatuan :

Ogos 2008 -  Mesyuarat pertama semasa Konvokesyen yang ke- 3 UniMAP berlangsung di Dewan Kapitol menyaksikan Sdr Sarudin Rohseli telah dilantik sebagai Pengerusi Penaja yang pertama.

13 Ogos 2009 - Mesyuarat kedua di Dewan Audotorium , Dewan 2020 semasa Konvokesyen kali ke-4 yang menyaksikan Sdr. Sarudin dilantik untuk menyambung tugas sebagai Pengerusi Penaja.

2010 - Tiada mesyuarat tahunan kerana pada tahun ini UniMAP menghadapi isu akreditasi yang rata-rata melibatkan alumni - alumni UniMAP yang terawal. Satu siri jelajah untuk memberi penerangan tentang isu ini telah diadakan hasil kerjasama UniMAP & alumni.

30 Julai 2011 - Mesyuarat Agung Pertama Persatauan Alumni UniMAP di Hotel Seri Malaysia Kangar setelah berdaftar dengan ROS pada Mac 2011. 11 orang alumni dilantik menjadi jawatankuasa alumni yang pertama secara sah. Sdr. Syed Akhmal dilantik sebagai Pengerusi.

Alumni yang hadir di Dewan 2020 pada mesyuarat ke-2 pada 13 Ogos 2009

Tuesday 20 March 2012

Sejarah Penubuhan Persatuan Alumni UniMAP

Mesyuarat pertama Alumni UniMAP 18 April 2009
Sejarah penubuhan Persatuan Alumni bermula pada tarikh 18 April 2009 (Sabtu), bertempat di ADTECH, Kulim telah berlangsung mesyuarat pertama Alumni UniMAP yang dihadiri oleh beberapa org bekas pelajar UniMAP. Setelah tiga kali majlis konvokesyen sejak 2006 yang berjaya menghasilkan graduan yang berjaya, ini adalah langkah pertama graduan UniMAP membentuk Persatuan Alumni UniMAP. Sebelum ini Persatuan Alumni UniMAP pernah dicadangkan dengan nama 'Kelab Alumni UniMAP'. Selama tiga tahun ini alumni UniMAP telah bergerak dengan menganjurkan aktiviti ceramah dan motivasi kepada pelajar-pelajar di sekolah terutamanya di Perlis walaupun tidak lagi berdaftar secara formal pada ketika itu, maka pada 2010 bawah pimpinan pengerusi penaja Persatuan  Alumni UniMAP pada masa itu, Saudara Sahrudin b Rohseli, alumni UniMAP ini mula menunjukkan perkembangan yang positif. Pada mesyuarat yang pertama ini, saudara Sahrudin telah menjemput jawatankuasa penaja berbincang tentang pelembagaan Persatuan Alumni untuk didaftarkan di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (Kementerian Dalam Negeri). Beberapa individu termasuk Sdr. Syed Akhmal yang juga merupakan Pengerusi Persatuan Alumni UniMAP yang pertama setelah berdaftar (2011) turut hadir. Beberapa ketetapan telah dibuat berdasarkan di bawah peruntukan undang-undang dan peraturan-peraturan akta pertubuhan 1966 dan peraturan pertubuhan 1984. Cadangannya semasa itu ialah dengan harapan Persatuan Alumni UniMAP mampu dikembangkan dengan penubuhan koperasi dan syarikat pula. Ia selaras dengan harapan UniMAP yang mengharapkan bekas-bekas pelajar menyumbang sesuatu kepada universiti dan juga memberikan khidmat sosial kepada masyarakat melalui alumni. Pada malam itu juga Saudara Sahrudin dan beberapa jawatankuasa dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni UniMAP telah menganjurkan majlis makan malam untuk para graduan di Kulim Golf & Country Resort. Seramai 50 org graduan UniMAP yang kebanyakannya bekerja di Pulau Pinang telah hadir pada malam untuk menyokong usaha ini. En Razli Ahmad yang ketika itu sebagai Dekan Hal Ehwal pelajar & Alumni UniMAP, juga telah dijemput hadir dan memberikan ucapan untuk pembangunan  Persatuan Alumni UniMAP. Turut hadir ialah Ustz Shahbudin  dan En. Nurzaihan (Penolong Pengetua Kolej Kediaman UniMAP pada masa itu).